05 March 2012

awak, awak, awak, awak ...


awak,
kenapa awak datang balik pada saya?
saya tak pernah minta awak datang balik pada saya.

awak,
tidakkah awak tahu?
sejak awak datang, hati dan perasaan saya jadi huru-hara.
hati dan perasaan saya sudah tak mahu mendengar kata-kata saya!

awak,
awak tahu kan yang saya tak akan kembali balik pada awak.
kenapa awak buat perasaan saya terseksa.
saya sakit awak tahu tak.
tapi awak tak pernah nak ambil tahu pasal perasaan saya.
yang awak tahu hanya perasaan awak terhadap saya.
awak tak pernah beri saya peluang untuk bercerita.
awak tak mahu pun tahu cerita saya.
yang awak tahu,
awak nak saya dengar cerita awak tu kan?!
saya tak suka cerita awak,
cerita awak selalu melukakan hati dan perasaan saya.
saya tak suka dekat awak.
lebih baik awak pergi jauh dari hidup dan kotak fikiran saya,
sebelum timbul perasaan benci dalam diri saya.

awak,
saya masih ada lagi akal,
dan saya tidak akan sekali-kali membenarkan awak menguasi fikiran saya.
tidak akan pernah.
saya harap awak faham dan
tolong pergi dari hidup saya secepat mungkin
kerana saya tak sanggup memendam perasaan saya.

awak,
maafkan saya kerana macam ini.
saya yang pilih jalan ini.
tak perlulah awak salah diri awak.
maafkan saya ....