08 February 2015

Fikiran


Assalamualaikum wbt.

Aku sangat introvert, anti-social. so, the only way i speak my mind is by writing. Aku berblogging untuk kepuasan diri sendiri. Tak kisah pun kalau blog ni takde orang nak baca.

Mula tu tujuan aku berblogging untuk share kisah sendiri la. Macam ala ala fatin liyana, cikepal06 etc. Tapi tetiba suara hati aku cakap, "ko ingat ko famous?" Cehh, tersentap aku. Tapi dah lama-lama tu, niat tu dah berubah la seiring dengan usia yang tak berapa nak muda ni.

Sebelum start blog, aku lebih selesa tulis diari. Biasalah, semua segala mak nenek aku tulis dalam diari termasuklah benda apa yang aku pakai sepanjang hari. Macam benda tak penting la. Well, diari aku, aku punya suka nak letak gapo gapo. Bila dah tulis diari tu, tahu tahu jelah ada je anasir anasir dengki yang nak baca diari aku tu. Entah benda apa yang siyok sangat. Aku pun taktau.

Bila aku dah puas tulis diari, aku start untuk sign up untuk blog. Kat sini takde la aku nak cerita sampai dalam kain. Tapis la apa yang patutkan. So here I am. *sebenarnya aku dah malas nak pegang pen ㅠ_ㅠ