07 February 2015

Pahit

Assalamualaikum wbt.

Untuk pertama kalinya aku update blog kesayangan untuk tahun baru 2015. Sebelum ni ada jugak update untuk tahun lepas, tu pun  2-3 kali je update entri baru.

Next, aku nak summary kan sikit sepanjang aku berblog ni. Baru tadi aku baca balik post-post yang lama. Nak tergelak pun ada. Yelah time tu pun baru form berapa. masa tu tudung herot berot pun tak heran. Tapi sekarang ni, kalau ada angin  je, rasa nak sarung baldi atas kepala sebab taknak tudung tu terpenyek.

Apapun, masa aku baca post post lama tu, rasa malu gila kot bila dok ingat balik. Time tengah gatal nak ngorat sapa ntah, pastu kecewa dengan orang tersayang then tak silap ada jugak update pasal sorang senior ni kat smk alma dulu. Time tu aku crush gila kat dia sebab aku rasa dia cool. Hehe. Tapi nak buat macam mana, dia dah ada awek. Taknak lah kacau. tengok dari jauh je.

Tapi yang aku nak cerita ni lain sikit. okay, masa tu tak silap aku tengah ready nak amek SPM subjek add maths. Masa beratur sebelum masuk dewan tu, aku terdengar la teacher zakiah and teacher indirani cakap pasal ada student ni meninggal. Masa teachers sebut nama orang tu, aku rasa muka aku dah lain kot. Aku taktau la nak rasa apa masa tu. Mula tu aku tak percaya. Takut salah dengar. Lepas je habis paper add maths tu aku tanya kawan tu pasal senior. Jadi memang betul la apa yang aku dengar tu. Time tu kan terus je mata aku berair. tapi aku tahan jugak la sebab taknak kawan aku tu perasan.

Malam tu, tak silap selepas solat maghrib, aku sedekahkan al fatihah. Ntah macam mana, tengah dok baca tu, lebat gila air mata turun. Kiranya aku menangis teruk jugak la malam tu tapi nasib baik parent aku taktau. 3 hari kot aku macam berkabung la. Sedih la jugak tak dapat confess. Tapi sekarang dah okay. Cuma sometime teringat je.

Lepas je beberapa bulan, aku dapat tahu yang ex aku pulak meninggal sebab lemas kat batu feringghi. Masa tu lagi la speechless. Eventhough, kita orang dah buat hal masing-masing, sayang tu still ada. Yang bagitau pun jiran sebelah sebab dia and few friends aku je yang tau aku couple dengan AR. Time tu takde la nangis teruk teruk. Aku pendam je. Masa aku bagitau kat ibu tu, aku rasa muka merah kot. The next day, keluar kat surat khabar pasal kejadian tu. Hari tu, langsung aku tak sanggup nak baca paper. Ibu ada tunjuk la kata, "kakwa, ni kan kawan kkwa yang meninggal tu. Yang lemas kat batu feringhi tu?" Masa ibu tunjuk tu, aku cepat cepat aku kalih muka aku tempat lain. aku tak sanggup. Walaupun dah 3 tahun berlalu, aku still ingat. Sakit sangat rasa dia.

Sekarang aku rasa aku dah berubah. Tak banyak. Paling obvious masa communication dengan kaum adam. kekok sangat. Taktau kenapa. kalau dulu relax je cakap dengan orang lelaki ni, rasa macam cakap dengan orang perempuan jugak. Sekarang ni rasa malu tahap paling tinggi kot bila nak communicate dengan lelaki. Alergik kot. Hmmm. Tak kisahlah kan.

Tu je antara moment dalam hidup aku yang sampai sekarang atau mungkin selamanya aku tak pernah lupa walaupun kadang kadang aku harap aku ada amnesia. So that aku ingat happy moment je dalam hidup. Kbaii =3