01 December 2015

APAU — Dulu, kini dan selamanya

Assalamualaikum w.b.t


THE DAY APAU LEFT US  27 NOVEMBER 2015

ketahuilah korang time aku typing post ni aku tengah tahan air mata sebab taknak roommates nampak aku nanges. Okay, here we go

Petang, 26 November 2015 — Masa ni aku tengah lepak dengan afiq kat ruang tamu sambil layan insta. Hazim pulak tengah masukkn air kangen 18 botol dalam viva sebab aku kena deliver kat customer lepas tu. Tetiba hazim bagitau "kakwa, pau sikit nak kena langgar dengan motor. nasib motor tu elak pastu sikit lagi je motor tu nak langgar viva." aku pun cepat-cepat bangun smbil tinjau kat luar "pau okay tak? mana dia?" hazim ckp, "pau lari pi umah mkcik shah." aku pun membebel la "pau ni nak melintas pun tak tengok jalan."
Aku lega sebab takde benda serius jadik.

Maghrib tu aku tunggu pau balik sebab waktu tu memang patut dia ada kat umah. selalu lepak dalam bilik ibu ayah dok dengar ibu ayah mengaji tapi dia tak balik pun. aku takde la rasa apa-apa sebab kadang-kadang dia dok baring kat porch keta. Yela, time maghrib memang tutup pintu tingkap semua. lambat dok luar.

Malam, 26 November 2015 — Lepas isyak, aku tanya afiq hazim, pau balik tak lagi? Time tu sumpah aku rasa tak sedap hati. dalam otak aku dok pikir bukan-bukan tapi aku sedap hati sebab sometimes pau buat hal. biasalah. Dalam kul 1-2 pg aku terjaga sebab aku tertido tunggu mask kering so lepas bersihkan suma aku tanya afiq hazim "pau mana pau? balik belum?" afiq cakap pau tak balik dari petang tadi. aku pun berdiri kat pintu dok panggil pau balik. sebelum tido aku still panggil dia balik. masa tu aku nak nangis sebab takut anything jadi kat pau. dalam otak aku asyik pikir "mana pau ni?" "pau please jangan buat hal" "pau please, kakwa tak ready lagi". aku tido tak tenang malam tu.

Pagi, 27 November 2015 — Pagi tu bangun je terus aku dok kat meja makan tanya kat ibu, pau mana? ibu cakap taktau, tak nampak pun pagi ni. Pastu, ayah kat luar tengah ready nak pegi keja. Ayah dok bising-bising panggil aku tapi aku tak dengar so aku suruh afiq tengok ayah nak apa. Time tu aku dah rasa sangat-sangat tak sedap hati. rasa benda yang ayah nak bgtau tu berita tak elok pasal pau. serious. then, afiq datang kat aku bgtau, "kakwa, pau dah mati" aku time tu terus speechless then aku start nanges.

Aku cepat-cepat capai towel kat tangga tutup kepala pi kat pintu depan and that time ayah bawak jasad kaku pau letak atas tembok rumah. tempat dia selalu lepak. masa tu mkcik leha dan kak long ada tengok jasad kaku pau. aku pun pi la kat tembok tu, aku tengok lama jasad kaku pau. aku taknak pegang pau sebab aku still tak caya pau dah takde. position dia macam tengah tido. takde patah kat mana-mana, no visible wounds. perfectly fine. time tu afiq tengah korek lubang antara pokok mangga untuk tanam pau. time tu la aku usap kepala, hidung pau sambil panggil nama dia. few times. aku usap tangan badan pau few times sebab aku nak dia bangun tapi jasad pau dah keras. mkcik leha cakap maybe pau dah takde dari malam tadi. Then, jiran depan umah, mkcik tie tanya kenapa dengan pau tu. mkcik leha dah takde, dah mati. mkcik tie ckp pau kena langgar semalam. anak dia pun nampak. mkcik tie ckp "ingatkan tak teruk mana sebab semalam lepas kena langgar dia lari rumah sebelah." mkcik leha tanya sape yang langgar. lepas tu benda apa yg mkcik tie ckp aku dah tak dengar. mata aku fokus kat jasad kaku pau.

Masa nak tanam tu, aku mintak hazim angkatkan sebab aku tak sanggup. aku bentangkn towel kecik untuk balut pau. time tu aku soh afiq adjust lubang tu kasi betul-betul saiz badan pau so kita orang takyah ubah position dia. masa tu aku masuk dalam nak panggil ibu and aku tanya "ibu nak tengok pau for the last time sebelum kami nak tanam?" Ibu cry a bit masa tengok jasad kaku pau, ibu cakap "its okay jangan sedih. kita dah jaga dia elok-elok dari kecik." aku bukakkn colar loceng then aku mintak afiq angkat pau and letakkn elok-elok kat tempat dia. aku adjust sikit position pau pastu cover elok-elok dengan towel kecik. tutup badan especially bahagian kepala dia sebab taknak tanah masuk telinga hidung mata pau. lepas tu kami letak tanah perlahan-lahan  keliling badan pau. sambil letakkn tanah aku say goodbye kat pau for the last time. lepas dah ratakan tanah suma tu, aku soh hazim amek batu tempat pau golek lepas mandi tu untuk tandakan tempat baru pau. tempat pau tu betul-betul depan tingkap bilik aku. 

Malam tu, aku tido peluk bubu kuat and cakap "bubu, pau dah takde. kakwa ada bubu je. jangan tinggalkan kakwa." Malam tu aku takleh tido sangat sebab every time nak lelapkan mata je aku teringat kat pau. and aku nangis lagi. Pagi tu pulak aku dah nak bertolak balik kelantan. Aku pesan pada hati jangan ikutkan perasaan sangat. Ni suma perancangan Allah, ada hikmah bila DIA amek balik pau. Aku pesan juga pada hati cukuplah Allah dah pinjamkan apau for 3 years and dah sampai masanya kita pulangkan apau balik pada Allah. Aku kena move on. Jangan meratap sebab masa nilah kita lemah dan senang kena goda dengan syaitan. Aku kuatkan hati untuk redha walapun kadang-kadang kalah jugak. 

@AnaaRaihana — Apauu, i still remember vividly, those moments when you come into our life. Those cute pair of ears and tail, with those huge, round eyes and kaki katik – jalan terkedek-kedek sambil gigit teddy bear kecik 😭😭😭 Ya Allah, sekejap sgt Kau pinjamkan dia dekat kami sekeluarga. Taksempat nak jumpa dia for the last time 😢 taksempat nak mandikan dia for the last time 😭 taksempat nak belanja dia makan wet food sbb takde bajet. 
I'm truly sorry if I ever treated you half-heartedly 😢  

27112012 ~ 27112015